Saturday, September 5, 2009

Apa terjadi kepada Teoh jam 8 - 9 pagi, 16 Julai?

Oleh The Unspinners

Polis dah dedahkan Teoh Beng Hock mati 4-5 jam sebelum dijumpa. Ini bermakna dia mati pada waktu pagi pada lebih kurang pukul 8-9 lepas tiada lagi dilihat pada pukul 6 pagi.

Mesti kasi peringat bahawa Teoh bukan suspek tetapi adalah saksi utama. Teoh datang dengan sendiri membawa kereta sendiri dan bukan diambil dari rumah atau pejabat.

Mengikut amalan SPRM, mereka akan hantaq pulang suspek yang diambil dari rumah atau pejabat. Kemana saja suspek bergerak, termasuk bilik air, depa akan letak pegawai ikut. Oleh sebab Teoh bukan suspek, SPRM tidak perlu meletakkan orang untuk ikut dia. Ini pula lepaih dia dilepaskan untuk pulang.

Tempat dia tidoq pun bukan kawasan larangan dalam pejabat SPRM tetapi hanya waiting room. Dia pun boleh balik tanpa memberitahu sesiapa. Kalau nak kata SPRM cuai, mungkin betoi tapi boleh didebat. Itu yang DAP dok main-mainkan.

Kita tau Teoh bukan suspek tetapi saksi. Dia juga bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan. Perlu ingat bahawa sebelum SPRM buat raid atas pejabat exco-exco Selangor, depa dah raid macam-macam pejabat-pejabat kerajaan negeri Selangor. Banyak maklumat depa dah kumpul.

Masa pejabat Ean Yong Hian Wah kena raid, SPRM ada merampas banyak dokumen-dokumen, termasuk laptop. Pasti semasa Teoh disoalsiasat selama 8 jam, dia ditanya dengan detail mengenai isi kandung dokumen-dokumen dan laptop. Kenapa Teoh berjanji akan bawa beberapa dokumen esok hari?

Kita kena faham bahawa Teoh dah mula fed-up dengan tugasnya sebagai pembantu politik Ean Yong. Dia ada kata pada kawan-kawan akan pulang Melaka lepaih kahwin. Bagi seorang muda yang idealis dan bersedia berhenti pekerjaan wartawan untuk masuk politik, dia mesti kecewa dengan benda tak betul.

Baru dia sedar realiti jauh dari harapan. Dia terpaksa melakukan kerja-kerja tidak betul yang dia tidak setuju. Bosnya Ean Yong adalah exco yang terlibat dalam kampung baru dan kilang haram. Maka rangkaiannya dengan peniaga-peniaga dan pengusaha kilang sangat meluas. Dulu, kini dan selamanya depa sudah biasa kerja sogok menyogok untuk hidup. Macam-macam boleh berlaku.

Kalau tidak sogokan, Teoh mungkin menyimpan rekod dalam laptop untuk kontrak-kontrak yang kecil tapi banyak yang boleh kasi salur masuk dana DAP untuk buat bangunan di PJ. Kontrak kecik konon susah nak ditrace. Kalau tak masuk dana DAP, mungkin juga duit itu masuk straight dalam poket sendiri dahulu. Ini kerja haram yang dilakukan oleh Ean Yong dan mungkin sekali Ronnie.

Teoh kelihatan cool sepanjang soal siasat, seperti kata pengarah SPRM. Tapi dia tak cerita keadaan Teoh apabila laptop dan dokumen dibuka dihadapannya. Paras rupa Teoh pasti berubah menjadi panik dan cemas bila soalan yang ditanya bertambah hampoir dengan kebenaran. Biasalah orang muda yang tak berpengalaman.

Dia boleh merasa akan terjebak dan reaksi segera adalah mahu menyelamatkan dirinya dahulu dengan berkerjasama. Dengan tergesa-gesa dia tawarkan akan beri dokumen lain.

Tan Boon Hwa ada kata dalam sidang akhbar terlihat Teoh dalam keadaan penat dan hunched. Mungkinkah rupanya agak cemas? Kalau kenyatan Tan belum tahu betul, keenganannya untuk beri kenyataan pada polis hanya memungkinkan dia sudah terlepas kata dan takut untuk jelaskan lagi keadaan Teoh semasa itu.

Tidak mustahil Teoh mula merasa takut untuk pulang pada waktu awal pagi dan tunggu hingga siang sedikit untuk rasa selamat untuk balik. Adakah dia membunuh diri apabila mengenangkan dia sudah terlebih cakap dan nyawanya tidak lagi selamat? Mungkinkah dia telah diugut dan disuruh membunuh diri melalui talipon?

Mungkinkah juga dia dibunuh dengan dicampak keluar semasa keluar dari pejabat SPRM pada waktu selepas 6 pagi? Polis tidak mendedahkan lagi dari tingkat mana Teoh melompat atau dicampak. Jawapan ini boleh ditemui dari penemuan forensik oleh pakar-pakar.

Itu yang depa dok kokok kritik IGP Musa Hasan dan dok persoalkan kredibiliti polis dan MACC. Nanti apa yang ditemui forensik akan dipersoalkan. Itu juga sebab Khalid gagap tak jadi hantaq pathologist swasta masa postmortem. Depa penyokong oghang luar tabii berfikir pelik dan luar kotak.

Jawapan boleh dijumpai melalui rekod talipon bimbit. Siapa yang dia bercakap sepanjang hari sebelum pergi ke pejabat SPRM? Adakah dia bercakap dengan sesiapa pada waktu pagi itu? Polis kata mereka sudah dapat rekod talipon. Adakah tidak nama Ean Yong dan Ronnie Liu ada dalam senarai? Adakah nama Tan Boon Hwa? Siapa loyar DAP dan PKR ada dalam senarai pemanggil?

Siapa makan cili dia akan rasa pedas. Sama-sama kita peghati.

sumber - the unspinners



Lihat selanjutnya...

'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'

Jul 20, 09 1:46pm
kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa wakil rakyat.

sumber - malaysiakini



Lihat selanjutnya...

Teoh Beng Hock - Siasatan hampir siap


++video setakat ini sahaja++






Lihat selanjutnya...

Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan



Oleh SelangorDaily

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merasa rimas apabila ADUN Sekincan menimbulkan isu mengenai rumah Dato Seri Dr Khir Toyo. Dia tahu akhirnya orang akan menimbulkan persoalan mengenai rumahnya.

Orang biasa mungkin boleh dijawab dengan alasan dia dahulu orang korporat dan kononnya dia mampu. Bolehkah alasan itu digunakan? Itukah sebenarnya?

Saya pernah memasuki rumah Khalid semasa ianya dalam pembinaan pada akhir tahun 90an. Pada mulanya, saya terdorong atas perasaan ingin tahu rumah yang dikatakan kepunyaan seorang ahli korporat Cina. Rumah yang terletak atas bukit di Damansara itu kelihatan dari bawah seolah-olah rumah rekabentuk Siam.

Kami meminta izin dari Pengurus Tapak untuk tengok sedikit-sedikit. Dia agak keberatan tetapi kami nyatakan kami dari industri pembinaan dan minat ingin melihat rekabentuk rumah. Sedikit pun kami tidak bertanya siapa tuan punya rumah itu tetapi hanya berbincang mengenai reka bentuk dan pembinaan rumah.

Sempat juga kami bertanya harga pembinaan. Kami diberitahu harga RM6 juta buat setakat itu kerana ada lagi tambahan, ubah suai dan ini tidak termasuk hiasan dalaman. Katanya, semua sekali termasuk harga tanah sudah mencapai RM16 juta beberapa tahun lepas.

Rumah itu banyak menggunakan kayu dan mahal kerana banyak kos ukiran dan menggunakan cara pertukangan rumah lama kurang menggunakan paku.

Semasa melihat-lihat pelan, kami ternampak sebuah lukisan logo besar dalam tulisan Jawi yang akan diukir ke atas kayu. Tertulis nama Khalid Ibrahim. Tahulah kami tumah itu kepunyaan Khalid.

Anwar membuat kenyataan mempertahankan Khalid supaya rumahnya tidak dipersoalkan. Mungkin Anwar boleh menjawab dimana Khalid dapat duit sebanyak itu untuk membina rumah sedeikian rupa? Berapakah gaji Khalid semasa memegang jawatan Pengurus dan naik hingga menjadi CEO PNB untuk dapat menyimpan duit untuk membina mahligat dan membeli saham Guthrie?

Kita tahu bahawa Khalid berhutang untuk mengambil peruntukkan saham Guthrie sebanyak 5% dan jumpah tawaran sebanyak 15%. Malah baru-baru ini, Khalid disaman Bank Islam kerana tidak dapat membayar hutang sebanyak RM66.6 juta. Dengan demikian, Khalid berhutang puluhan juta semasa memegang jawatan Executive Chairman Guthrie.

Jadi bagaimana Khalid biayai pembinaan rumah itu? Tunai atau hutang? Jika tunai, dimana dia dapat duit tunai sedemikian banyak jika dia masih berhutang dnegan Bank lagi? Kalau hutang, bolehkah dia bersikap telus dan tunjukkan dokumen-dokumen sebagaimana Dr Khir sedia lakukan?

Untung Khalid diselamatkan oleh kontroversi berkenaan kematian Teoh Beng Hock yang sengaja ditimbulkan oleh DAP. Padan Khalid bersungguh-sungguh dalam demonstrasi di depan Plaza Masalam. Selagi ini berterusan, hilanglah cerita rumah Khalid.

sumber - Selangordaily



Lihat selanjutnya...

Teresa Kok : Sejarah buktikan tuduhan DAP tidak benar



Oleh Medan Info Kita

Beberapa tahun lalu negara kita pernah digembar-gemburkan dengan pendedahan video klip ‘aksi penderaan ketuk ketampi’ seorang wanita dalam keadaan berbogel oleh Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok. Riuh rendah media menyiarkan berita ini kununnya mangsa penderaan itu merupakan seorang warga negara Cina.


Pendedahan oleh Theresa iti telah disusuli oleh tekanan demi tekanan oleh pemimpin pembangkang mendesak agar kerajaan segera bertindak. Malah imej negara kita dalam inudustri pelancongan juga dikhuatiri akan terjejas ekoran dari penyebaran video klip tersebut dan liputan berita yang negatif.

Agak tergesa-gesa juga cara kerajaan kita “melatah” apabila wakil kementerian dari pejabat Menteri Luar diutuskan pergi ke negara Cina untuk memohon maaf.

Tetapi akhirnya terbukti bahawa dakwaan dan penyebaran berita ini TIDAK BENAR sama sekali..! Rupa-rupanya mangsa penderaan dalam tahanan polis itu adalah seorang wanita tempatan, rakyat Malaysia yang pernah dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dadah sebelum ini…….

Kes senyap begitu sahaja…., Theresa Kok pun diam, pemimpin DAP dan pembangkang juga buat Don’t Know seolah-olah tidak ada apa apa yang berlaku. Pihak kerajaan pula tidak memberikan sebarang tekanan kepada Theresa untuk memohon maaf kerana bertindak untuk “mis-lead” isu yang belum dibuktikan kebenarannya…..

Baru baru ini, sebaik sahaja mayat Teo Beng Hock ditemui di Bangunan Plaza Masalam iaitu disitulah terletaknya pejabat SPRM, maka spekulasi dicetuskan segera oleh pemimpin DAP tanpa melengah-lengahkan masa lagi….

Berkokoklah pemimpin-pemimpin DAP mahu menuding jari kearah SPRM, cuba untuk membabitkan agensi kerajaan ini dengan kematian pembantu khas kepada wakil rakyat Seri Kembangan mereka.

Rakyat tidak seharusnya “terpedaya” dengan “lakonan” beberapa pemimpin DAP dan disokong dengan watak “pelakon pembantu” oleh beberapa kerat pemimpin PKR dan PAS. Secara logik akal yang waras tidak akan menerima “teori DAP” kerana Teo Beng Hock adalah “aset” yang penting kepada kumpulan penyiasatan SPRM, mana mungkin mereka mahu “menghapuskan” aset yang cukup berharga ini…? Peranan Teo sebagai Setiausaha dan Pembantu Khas kepada salah seorang Exco DAP merupakan satu tugas yang besar dan tidak mustahil beliau menyimpan pelbagai maklumat dan rahsia rahsia penting boss boss dalam parti itu.

Sudah tentulah sekiranya ada pihak yang mahu “NYAHkan” atau “hapuskan” Teo Beng Hock semestinya kumpulan yang “khuatir” segala maklumat dan rahsia mereka akan dapat dibongkarkan, maka satu satunya jalan keluar adalah “hilangkan” bukti…!

Perkara ini telah dikupaskan dengan baik oleh Ezam Mohd Nor sewaktu beliau memberikan ceremahnya di Kancong Darat dalam suatu program anjuran Pemuda UMNO Kuala Langat pada 19 Julai baru baru ini, liputannya boleh dibaca disini.

Seperkara lagi yang harus kita perhalusi ialah rekasi satu dua pemimpin DAP yang dikira “over-acting” seolah olah mahu menutup salah laku dirinya sendiri…. Sebenarnya mendiang Teoh adalah Pembantu Khas kepada Exco yang juga wakil rakyat Seri Kembangan, Ean Yong, tetapi kita menyaksikan bagaimana seorang lagi Exco DAP, Ronnie Liu pula telah mengamuk sakan..!! Pelik juga…., gelagat Ean Yong begitu tenang dan dilihat beliau terkejut dan tidak ada langsung reaksi marah dalam kelakuan dan responnya sepanjang tempoh kejadian ini. Seharusnya sebagai boss kepada mendiang Teoh, maka Ean Yong lebih “layak” untuk mengamuk sakan bukannya Ronnie Liu…

Insiden kematian Teoh ini adalah kesinambungan kepada pendedahan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Kheong mengenai terdapat aktiviti-aktiviti “underground” oleh kumpulan kongsi gelap dipejabat salah seorang Exco DAP dalam premis SUK Selangor.

Sehubungan dengan pendedahan itu maka berlakulah proses “meneka dalam kesamaran” dan calon yang mendapat undian paling tinggi sebagai “suspek utama” adalah Ronnie Liu. Beliau pernah didakwa cuba mengganggu gugat tugas penjawat awam dalam kes serbuan sebuah hotel membenteras aktiviti pelacuran warga asing pada tahun lepas. Malah, semenjak portfolio Kerajaan Tempatan ini duduk dibawah Ronnie Liu, negeri Selangor mewah dengan pertumbuhan sihat banyak rumah rumah urut, lazimnya perniagaan ini dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap!

Semoga siasatan pihak Polis akan segera mendapat jawapan dan sekiranya terbukti tiada pembabitan pihak SPRM, maka rakyat harus SEGERA kembali mengingati “penipuan” Theresa Kok dalam kes ketuk ketampi penderaan polis dalam lokap yang dikaitkan dengan wanita warga Cina…..

sumber - medan-info-kita


Lihat selanjutnya...

Yong, Manoharan ajar Teoh jawab siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata beliau kali terakhir bertemu Teoh Beng Hock selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) Setiausaha Politiknya memaklumkan kehadiran dua pegawai SPRM untuk mengambil dokumen, unit pemprosesan pusat (CPU) dan komputer ribanya, kira-kira jam 5 petang, 15 Julai lalu.


"Ketika itu saya menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik menerima SMS Teoh, saya ke pejabat di Tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Apabila sampai di situ, saya mempersoalkan kehadiran pegawai SPRM, kerana mereka datang tanpa memberi sebarang notis walaupun tahu siasatan yang dilakukan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor itu ketika dihubungi di sini, semalam.

Yong berkata, sebelum pegawai SPRM membawa Teoh ke pejabat mereka untuk disoal siasat, beliau dan Adun Kota Alam Shah, M Mahoharan sempat berbincang dengan Teoh cara menjawab dan membantu SPRM dalam siasatan mereka.

"Saya ingatkan Teoh supaya menjawab dengan jujur dan jika tidak pasti atau tidak tahu mengenai sesuatu yang ditanya, hanya maklumkan perkara yang benar.

"Ketika itu, Teoh kelihatan tenang, tidak tertekan, malah bersedia untuk disoal siasat," katanya sambil menjelaskan itu kali terakhir beliau melihat dan berhubungan dengan Teoh, sebelum Teoh ditemani Manoharan ke pejabat SPRM.

Yong berkata, jam 11.30 malam sama beliau bersama seorang peguam ke pejabat SPRM untuk bertemu Teoh, tetapi tidak dibenarkan dengan alasan SPRM berhak menahannya untuk tempoh 24 jam.

"Malah, permintaan saya supaya Teoh ditemani seorang peguam juga ditolak dengan alasan ia boleh mengganggu siasatan," katanya menjelaskan beliau kemudian meninggalkan pejabat SPRM.

Yong dan Manoharan dikatakan individu terakhir berhubung dengan Teoh sebelum dan selepas mangsa dibawa ke pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.

Manoharan yang dihubungi pula berkata, beliau hanya menemani Teoh sehingga ke pintu masuk pejabat itu.

"Pegawai SPRM tidak membenarkan saya untuk bersama Teoh ketika beliau memasuki pejabat SPRM, oleh itu saya hanya tunggu di luar pejabat berkenaan.

"Kira-kira jam 6.15 petang, pada hari sama (Rabu), Teoh menelefon saya dan memaklumkan bahawa beliau berada dalam sebuah bilik di pejabat SPRM untuk disoal siasat.

"Memandangkan saya tidak dibenarkan untuk menemaninya, saya pun pulang selepas bercakap dengannya," katanya.

sumber - berita harian


Lihat selanjutnya...

Tawaran RM10,000 cari pembunuh Teoh...mana DAP tahu Teoh dibunuh?

Isu kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock makin celaru apabila sudah ada pihak-pihak tertentu mula menawarkan ganjaran wang tunai bagi mendapatkan maklumat sehingga tertangkapnya ‘pembunuh’ lelaki itu.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng yang juga Ahli Parlimen Taiping dalam kenyataanya berkata, seorang bergelar ‘Datuk’ menawarkan RM10,000 kepada mereka yang dapat memberikan maklumat berhubung kes berkenaan.

Bukan tawaran itu yang menarik tetapi sebaliknya istilah sehingga tertangkapnya ‘pembunuh’ Teoh yang menimbulkan persoalan.

Apakah tujuan istilah ‘pembunuh’ digunakan sedangkan punca kematian masih lagi belum diketahui.

Bagaimana pihak yang membuat tawaran tahu Teoh yang ditemui mati di bumbung tingkat lima Plaza Masalam dibunuh.

Selain itu apakah tujuan membuat tawaran wang kerana polis sedang giat menjalankan siasatan. Apakah tawaran tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran seolah-olah polis tidak berupaya dalam menjalankan siasatan mereka.

Mengulas tindakan terbaru pembangkang tersebut, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Yahya secara sinis berkata, jika DAP telah melabelkan adanya pembunuh bermakna mereka tahu siapa yang membunuh.

“Jangan-jangan mereka terlibat membunuh Teoh kerana nak tutup cerita penyelewengan beberapa ADUN pakatan pembangkang di Selangor,” sindirnya sambil menambah dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong adanya Exco Selangor terbabit dengan samseng tidak boleh ditolak daripada disiasat kemungkinan ada kaitan dengan kematian Teoh.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam rekasinya pula berkata, berdasarkan logik akal tidak ada sebab kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak ‘bunuh’ saksi utama kepada yang tertuduh.

“Mungkin dia terjatuh…mungkin dia bunuh diri…oleh itu semua perlu menunggu hasil siasatan polis,” katanya dalam SMS kepada AgendaDaily.

sumber - agendadaily



Lihat selanjutnya...