Saturday, September 5, 2009

Apa terjadi kepada Teoh jam 8 - 9 pagi, 16 Julai?

Oleh The Unspinners

Polis dah dedahkan Teoh Beng Hock mati 4-5 jam sebelum dijumpa. Ini bermakna dia mati pada waktu pagi pada lebih kurang pukul 8-9 lepas tiada lagi dilihat pada pukul 6 pagi.

Mesti kasi peringat bahawa Teoh bukan suspek tetapi adalah saksi utama. Teoh datang dengan sendiri membawa kereta sendiri dan bukan diambil dari rumah atau pejabat.

Mengikut amalan SPRM, mereka akan hantaq pulang suspek yang diambil dari rumah atau pejabat. Kemana saja suspek bergerak, termasuk bilik air, depa akan letak pegawai ikut. Oleh sebab Teoh bukan suspek, SPRM tidak perlu meletakkan orang untuk ikut dia. Ini pula lepaih dia dilepaskan untuk pulang.

Tempat dia tidoq pun bukan kawasan larangan dalam pejabat SPRM tetapi hanya waiting room. Dia pun boleh balik tanpa memberitahu sesiapa. Kalau nak kata SPRM cuai, mungkin betoi tapi boleh didebat. Itu yang DAP dok main-mainkan.

Kita tau Teoh bukan suspek tetapi saksi. Dia juga bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan. Perlu ingat bahawa sebelum SPRM buat raid atas pejabat exco-exco Selangor, depa dah raid macam-macam pejabat-pejabat kerajaan negeri Selangor. Banyak maklumat depa dah kumpul.

Masa pejabat Ean Yong Hian Wah kena raid, SPRM ada merampas banyak dokumen-dokumen, termasuk laptop. Pasti semasa Teoh disoalsiasat selama 8 jam, dia ditanya dengan detail mengenai isi kandung dokumen-dokumen dan laptop. Kenapa Teoh berjanji akan bawa beberapa dokumen esok hari?

Kita kena faham bahawa Teoh dah mula fed-up dengan tugasnya sebagai pembantu politik Ean Yong. Dia ada kata pada kawan-kawan akan pulang Melaka lepaih kahwin. Bagi seorang muda yang idealis dan bersedia berhenti pekerjaan wartawan untuk masuk politik, dia mesti kecewa dengan benda tak betul.

Baru dia sedar realiti jauh dari harapan. Dia terpaksa melakukan kerja-kerja tidak betul yang dia tidak setuju. Bosnya Ean Yong adalah exco yang terlibat dalam kampung baru dan kilang haram. Maka rangkaiannya dengan peniaga-peniaga dan pengusaha kilang sangat meluas. Dulu, kini dan selamanya depa sudah biasa kerja sogok menyogok untuk hidup. Macam-macam boleh berlaku.

Kalau tidak sogokan, Teoh mungkin menyimpan rekod dalam laptop untuk kontrak-kontrak yang kecil tapi banyak yang boleh kasi salur masuk dana DAP untuk buat bangunan di PJ. Kontrak kecik konon susah nak ditrace. Kalau tak masuk dana DAP, mungkin juga duit itu masuk straight dalam poket sendiri dahulu. Ini kerja haram yang dilakukan oleh Ean Yong dan mungkin sekali Ronnie.

Teoh kelihatan cool sepanjang soal siasat, seperti kata pengarah SPRM. Tapi dia tak cerita keadaan Teoh apabila laptop dan dokumen dibuka dihadapannya. Paras rupa Teoh pasti berubah menjadi panik dan cemas bila soalan yang ditanya bertambah hampoir dengan kebenaran. Biasalah orang muda yang tak berpengalaman.

Dia boleh merasa akan terjebak dan reaksi segera adalah mahu menyelamatkan dirinya dahulu dengan berkerjasama. Dengan tergesa-gesa dia tawarkan akan beri dokumen lain.

Tan Boon Hwa ada kata dalam sidang akhbar terlihat Teoh dalam keadaan penat dan hunched. Mungkinkah rupanya agak cemas? Kalau kenyatan Tan belum tahu betul, keenganannya untuk beri kenyataan pada polis hanya memungkinkan dia sudah terlepas kata dan takut untuk jelaskan lagi keadaan Teoh semasa itu.

Tidak mustahil Teoh mula merasa takut untuk pulang pada waktu awal pagi dan tunggu hingga siang sedikit untuk rasa selamat untuk balik. Adakah dia membunuh diri apabila mengenangkan dia sudah terlebih cakap dan nyawanya tidak lagi selamat? Mungkinkah dia telah diugut dan disuruh membunuh diri melalui talipon?

Mungkinkah juga dia dibunuh dengan dicampak keluar semasa keluar dari pejabat SPRM pada waktu selepas 6 pagi? Polis tidak mendedahkan lagi dari tingkat mana Teoh melompat atau dicampak. Jawapan ini boleh ditemui dari penemuan forensik oleh pakar-pakar.

Itu yang depa dok kokok kritik IGP Musa Hasan dan dok persoalkan kredibiliti polis dan MACC. Nanti apa yang ditemui forensik akan dipersoalkan. Itu juga sebab Khalid gagap tak jadi hantaq pathologist swasta masa postmortem. Depa penyokong oghang luar tabii berfikir pelik dan luar kotak.

Jawapan boleh dijumpai melalui rekod talipon bimbit. Siapa yang dia bercakap sepanjang hari sebelum pergi ke pejabat SPRM? Adakah dia bercakap dengan sesiapa pada waktu pagi itu? Polis kata mereka sudah dapat rekod talipon. Adakah tidak nama Ean Yong dan Ronnie Liu ada dalam senarai? Adakah nama Tan Boon Hwa? Siapa loyar DAP dan PKR ada dalam senarai pemanggil?

Siapa makan cili dia akan rasa pedas. Sama-sama kita peghati.

sumber - the unspinners



Lihat selanjutnya...

'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui'

Jul 20, 09 1:46pm
kemaskini 4.13pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa wakil rakyat.

sumber - malaysiakini



Lihat selanjutnya...

Teoh Beng Hock - Siasatan hampir siap


++video setakat ini sahaja++






Lihat selanjutnya...

Kematian Beng Hock alihkan pandangan dari rumah Khalid dipersoalkan



Oleh SelangorDaily

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim merasa rimas apabila ADUN Sekincan menimbulkan isu mengenai rumah Dato Seri Dr Khir Toyo. Dia tahu akhirnya orang akan menimbulkan persoalan mengenai rumahnya.

Orang biasa mungkin boleh dijawab dengan alasan dia dahulu orang korporat dan kononnya dia mampu. Bolehkah alasan itu digunakan? Itukah sebenarnya?

Saya pernah memasuki rumah Khalid semasa ianya dalam pembinaan pada akhir tahun 90an. Pada mulanya, saya terdorong atas perasaan ingin tahu rumah yang dikatakan kepunyaan seorang ahli korporat Cina. Rumah yang terletak atas bukit di Damansara itu kelihatan dari bawah seolah-olah rumah rekabentuk Siam.

Kami meminta izin dari Pengurus Tapak untuk tengok sedikit-sedikit. Dia agak keberatan tetapi kami nyatakan kami dari industri pembinaan dan minat ingin melihat rekabentuk rumah. Sedikit pun kami tidak bertanya siapa tuan punya rumah itu tetapi hanya berbincang mengenai reka bentuk dan pembinaan rumah.

Sempat juga kami bertanya harga pembinaan. Kami diberitahu harga RM6 juta buat setakat itu kerana ada lagi tambahan, ubah suai dan ini tidak termasuk hiasan dalaman. Katanya, semua sekali termasuk harga tanah sudah mencapai RM16 juta beberapa tahun lepas.

Rumah itu banyak menggunakan kayu dan mahal kerana banyak kos ukiran dan menggunakan cara pertukangan rumah lama kurang menggunakan paku.

Semasa melihat-lihat pelan, kami ternampak sebuah lukisan logo besar dalam tulisan Jawi yang akan diukir ke atas kayu. Tertulis nama Khalid Ibrahim. Tahulah kami tumah itu kepunyaan Khalid.

Anwar membuat kenyataan mempertahankan Khalid supaya rumahnya tidak dipersoalkan. Mungkin Anwar boleh menjawab dimana Khalid dapat duit sebanyak itu untuk membina rumah sedeikian rupa? Berapakah gaji Khalid semasa memegang jawatan Pengurus dan naik hingga menjadi CEO PNB untuk dapat menyimpan duit untuk membina mahligat dan membeli saham Guthrie?

Kita tahu bahawa Khalid berhutang untuk mengambil peruntukkan saham Guthrie sebanyak 5% dan jumpah tawaran sebanyak 15%. Malah baru-baru ini, Khalid disaman Bank Islam kerana tidak dapat membayar hutang sebanyak RM66.6 juta. Dengan demikian, Khalid berhutang puluhan juta semasa memegang jawatan Executive Chairman Guthrie.

Jadi bagaimana Khalid biayai pembinaan rumah itu? Tunai atau hutang? Jika tunai, dimana dia dapat duit tunai sedemikian banyak jika dia masih berhutang dnegan Bank lagi? Kalau hutang, bolehkah dia bersikap telus dan tunjukkan dokumen-dokumen sebagaimana Dr Khir sedia lakukan?

Untung Khalid diselamatkan oleh kontroversi berkenaan kematian Teoh Beng Hock yang sengaja ditimbulkan oleh DAP. Padan Khalid bersungguh-sungguh dalam demonstrasi di depan Plaza Masalam. Selagi ini berterusan, hilanglah cerita rumah Khalid.

sumber - Selangordaily



Lihat selanjutnya...

Teresa Kok : Sejarah buktikan tuduhan DAP tidak benar



Oleh Medan Info Kita

Beberapa tahun lalu negara kita pernah digembar-gemburkan dengan pendedahan video klip ‘aksi penderaan ketuk ketampi’ seorang wanita dalam keadaan berbogel oleh Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok. Riuh rendah media menyiarkan berita ini kununnya mangsa penderaan itu merupakan seorang warga negara Cina.


Pendedahan oleh Theresa iti telah disusuli oleh tekanan demi tekanan oleh pemimpin pembangkang mendesak agar kerajaan segera bertindak. Malah imej negara kita dalam inudustri pelancongan juga dikhuatiri akan terjejas ekoran dari penyebaran video klip tersebut dan liputan berita yang negatif.

Agak tergesa-gesa juga cara kerajaan kita “melatah” apabila wakil kementerian dari pejabat Menteri Luar diutuskan pergi ke negara Cina untuk memohon maaf.

Tetapi akhirnya terbukti bahawa dakwaan dan penyebaran berita ini TIDAK BENAR sama sekali..! Rupa-rupanya mangsa penderaan dalam tahanan polis itu adalah seorang wanita tempatan, rakyat Malaysia yang pernah dikaitkan dengan kes penyalahgunaan dadah sebelum ini…….

Kes senyap begitu sahaja…., Theresa Kok pun diam, pemimpin DAP dan pembangkang juga buat Don’t Know seolah-olah tidak ada apa apa yang berlaku. Pihak kerajaan pula tidak memberikan sebarang tekanan kepada Theresa untuk memohon maaf kerana bertindak untuk “mis-lead” isu yang belum dibuktikan kebenarannya…..

Baru baru ini, sebaik sahaja mayat Teo Beng Hock ditemui di Bangunan Plaza Masalam iaitu disitulah terletaknya pejabat SPRM, maka spekulasi dicetuskan segera oleh pemimpin DAP tanpa melengah-lengahkan masa lagi….

Berkokoklah pemimpin-pemimpin DAP mahu menuding jari kearah SPRM, cuba untuk membabitkan agensi kerajaan ini dengan kematian pembantu khas kepada wakil rakyat Seri Kembangan mereka.

Rakyat tidak seharusnya “terpedaya” dengan “lakonan” beberapa pemimpin DAP dan disokong dengan watak “pelakon pembantu” oleh beberapa kerat pemimpin PKR dan PAS. Secara logik akal yang waras tidak akan menerima “teori DAP” kerana Teo Beng Hock adalah “aset” yang penting kepada kumpulan penyiasatan SPRM, mana mungkin mereka mahu “menghapuskan” aset yang cukup berharga ini…? Peranan Teo sebagai Setiausaha dan Pembantu Khas kepada salah seorang Exco DAP merupakan satu tugas yang besar dan tidak mustahil beliau menyimpan pelbagai maklumat dan rahsia rahsia penting boss boss dalam parti itu.

Sudah tentulah sekiranya ada pihak yang mahu “NYAHkan” atau “hapuskan” Teo Beng Hock semestinya kumpulan yang “khuatir” segala maklumat dan rahsia mereka akan dapat dibongkarkan, maka satu satunya jalan keluar adalah “hilangkan” bukti…!

Perkara ini telah dikupaskan dengan baik oleh Ezam Mohd Nor sewaktu beliau memberikan ceremahnya di Kancong Darat dalam suatu program anjuran Pemuda UMNO Kuala Langat pada 19 Julai baru baru ini, liputannya boleh dibaca disini.

Seperkara lagi yang harus kita perhalusi ialah rekasi satu dua pemimpin DAP yang dikira “over-acting” seolah olah mahu menutup salah laku dirinya sendiri…. Sebenarnya mendiang Teoh adalah Pembantu Khas kepada Exco yang juga wakil rakyat Seri Kembangan, Ean Yong, tetapi kita menyaksikan bagaimana seorang lagi Exco DAP, Ronnie Liu pula telah mengamuk sakan..!! Pelik juga…., gelagat Ean Yong begitu tenang dan dilihat beliau terkejut dan tidak ada langsung reaksi marah dalam kelakuan dan responnya sepanjang tempoh kejadian ini. Seharusnya sebagai boss kepada mendiang Teoh, maka Ean Yong lebih “layak” untuk mengamuk sakan bukannya Ronnie Liu…

Insiden kematian Teoh ini adalah kesinambungan kepada pendedahan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Kheong mengenai terdapat aktiviti-aktiviti “underground” oleh kumpulan kongsi gelap dipejabat salah seorang Exco DAP dalam premis SUK Selangor.

Sehubungan dengan pendedahan itu maka berlakulah proses “meneka dalam kesamaran” dan calon yang mendapat undian paling tinggi sebagai “suspek utama” adalah Ronnie Liu. Beliau pernah didakwa cuba mengganggu gugat tugas penjawat awam dalam kes serbuan sebuah hotel membenteras aktiviti pelacuran warga asing pada tahun lepas. Malah, semenjak portfolio Kerajaan Tempatan ini duduk dibawah Ronnie Liu, negeri Selangor mewah dengan pertumbuhan sihat banyak rumah rumah urut, lazimnya perniagaan ini dikaitkan dengan kumpulan kongsi gelap!

Semoga siasatan pihak Polis akan segera mendapat jawapan dan sekiranya terbukti tiada pembabitan pihak SPRM, maka rakyat harus SEGERA kembali mengingati “penipuan” Theresa Kok dalam kes ketuk ketampi penderaan polis dalam lokap yang dikaitkan dengan wanita warga Cina…..

sumber - medan-info-kita


Lihat selanjutnya...

Yong, Manoharan ajar Teoh jawab siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata beliau kali terakhir bertemu Teoh Beng Hock selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) Setiausaha Politiknya memaklumkan kehadiran dua pegawai SPRM untuk mengambil dokumen, unit pemprosesan pusat (CPU) dan komputer ribanya, kira-kira jam 5 petang, 15 Julai lalu.


"Ketika itu saya menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sebaik menerima SMS Teoh, saya ke pejabat di Tingkat 15, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Apabila sampai di situ, saya mempersoalkan kehadiran pegawai SPRM, kerana mereka datang tanpa memberi sebarang notis walaupun tahu siasatan yang dilakukan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor itu ketika dihubungi di sini, semalam.

Yong berkata, sebelum pegawai SPRM membawa Teoh ke pejabat mereka untuk disoal siasat, beliau dan Adun Kota Alam Shah, M Mahoharan sempat berbincang dengan Teoh cara menjawab dan membantu SPRM dalam siasatan mereka.

"Saya ingatkan Teoh supaya menjawab dengan jujur dan jika tidak pasti atau tidak tahu mengenai sesuatu yang ditanya, hanya maklumkan perkara yang benar.

"Ketika itu, Teoh kelihatan tenang, tidak tertekan, malah bersedia untuk disoal siasat," katanya sambil menjelaskan itu kali terakhir beliau melihat dan berhubungan dengan Teoh, sebelum Teoh ditemani Manoharan ke pejabat SPRM.

Yong berkata, jam 11.30 malam sama beliau bersama seorang peguam ke pejabat SPRM untuk bertemu Teoh, tetapi tidak dibenarkan dengan alasan SPRM berhak menahannya untuk tempoh 24 jam.

"Malah, permintaan saya supaya Teoh ditemani seorang peguam juga ditolak dengan alasan ia boleh mengganggu siasatan," katanya menjelaskan beliau kemudian meninggalkan pejabat SPRM.

Yong dan Manoharan dikatakan individu terakhir berhubung dengan Teoh sebelum dan selepas mangsa dibawa ke pejabat SPRM di Plaza Masalam, Shah Alam.

Manoharan yang dihubungi pula berkata, beliau hanya menemani Teoh sehingga ke pintu masuk pejabat itu.

"Pegawai SPRM tidak membenarkan saya untuk bersama Teoh ketika beliau memasuki pejabat SPRM, oleh itu saya hanya tunggu di luar pejabat berkenaan.

"Kira-kira jam 6.15 petang, pada hari sama (Rabu), Teoh menelefon saya dan memaklumkan bahawa beliau berada dalam sebuah bilik di pejabat SPRM untuk disoal siasat.

"Memandangkan saya tidak dibenarkan untuk menemaninya, saya pun pulang selepas bercakap dengannya," katanya.

sumber - berita harian


Lihat selanjutnya...

Tawaran RM10,000 cari pembunuh Teoh...mana DAP tahu Teoh dibunuh?

Isu kematian setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock makin celaru apabila sudah ada pihak-pihak tertentu mula menawarkan ganjaran wang tunai bagi mendapatkan maklumat sehingga tertangkapnya ‘pembunuh’ lelaki itu.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng yang juga Ahli Parlimen Taiping dalam kenyataanya berkata, seorang bergelar ‘Datuk’ menawarkan RM10,000 kepada mereka yang dapat memberikan maklumat berhubung kes berkenaan.

Bukan tawaran itu yang menarik tetapi sebaliknya istilah sehingga tertangkapnya ‘pembunuh’ Teoh yang menimbulkan persoalan.

Apakah tujuan istilah ‘pembunuh’ digunakan sedangkan punca kematian masih lagi belum diketahui.

Bagaimana pihak yang membuat tawaran tahu Teoh yang ditemui mati di bumbung tingkat lima Plaza Masalam dibunuh.

Selain itu apakah tujuan membuat tawaran wang kerana polis sedang giat menjalankan siasatan. Apakah tawaran tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran seolah-olah polis tidak berupaya dalam menjalankan siasatan mereka.

Mengulas tindakan terbaru pembangkang tersebut, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Hishamuddin Yahya secara sinis berkata, jika DAP telah melabelkan adanya pembunuh bermakna mereka tahu siapa yang membunuh.

“Jangan-jangan mereka terlibat membunuh Teoh kerana nak tutup cerita penyelewengan beberapa ADUN pakatan pembangkang di Selangor,” sindirnya sambil menambah dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong adanya Exco Selangor terbabit dengan samseng tidak boleh ditolak daripada disiasat kemungkinan ada kaitan dengan kematian Teoh.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam rekasinya pula berkata, berdasarkan logik akal tidak ada sebab kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak ‘bunuh’ saksi utama kepada yang tertuduh.

“Mungkin dia terjatuh…mungkin dia bunuh diri…oleh itu semua perlu menunggu hasil siasatan polis,” katanya dalam SMS kepada AgendaDaily.

sumber - agendadaily



Lihat selanjutnya...

Friday, September 4, 2009

Tunang Teoh turut disiasat

Jul 21, 09 11:22am
Tunang Teoh Beng Hock, yang ditemui mati dalam keadaan penuh tanda tanya selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan ke balai Kajang petang esok.

Soh Sher Wei, yang sedang hamil dua bulan anak pasangannya, akan diiringi beberapa peguam DAP untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.

Seorang peguamnya Lim Lip Eng, yang juga ahli parlimen DAP Segambut, bagaimanapun tidak pasti motif polis menyiasat Soh.

Ahli keluarga teoh turut dipanggil memberikan keterangan di tempat dan waktu yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Ean dan seorang lagi peguam M Manoharan dijadual memberi keterangan kepada polis jam 3 petang ini di pejabat exco tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor.

sumber - malaysiakini


Lihat selanjutnya...

Kematian Teoh: Tan Boon Wah beri keterangan di IPD Shah Alam

SHAH ALAM: Anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah malam tadi memberikan keterangan berhubung kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock yang ditemui di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Khamis lepas.

Tan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seksyen 11 di sini pada pukul 9 malam bersama isteri dan peguamnya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Tan dikehendaki hadir untuk memberi keterangan kerana sebelum ini beliau membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya itu dirakamkan.

Khalid turut menasihatkan Tan supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk dirakamkan percakapan atas laporan yang dibuatnya, dan sekiranya beliau tidak hadir, polis akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 111, Kanun Acara Jenayah untuk mengeluarkan perintah kepadanya memberi keterangan di balai.

Sekiranya Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang dibuatnya itu, pihak polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya kerana membuat laporan palsu.

Teoh, 30, ditemui mati tengah di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di sini yang menempatkan pejabat SPRM Selangor yang dilaporkan menyoal siasat beliau beberapa jam sebelum itu.


Lihat selanjutnya...

Ada pihak enggan bekerjasama kes kematian Teoh - Kenapa?



Oleh Hambali Abd Latif

Hairan juga kenapa Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah enggan memberikan kerjasama kepada polis untuk diambil keterangan daripadanya dalam kaitan kematian Teoh Beng Hock.

“Kami sudah menghubungi Tan tetapi beliau enggan. Jika beliau terus berdegil, kita akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah untuk membolehkan untuk turut direkodkan keterangan daripadanya,” kata Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar .

Beliau menyatakan demikian selepas memberikan taklimat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kemajuan siasatan.

Siasatan polis terhadap kes Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar
Khalid berkata polis sudah memanggil dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah untuk membantu siasatan.

Dua individu terbabit adalah orang terakhir yang dihubungi mendiang sebelum memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.
Difahamkan, taklimat kes itu dijalankan selama sejam.

Teoh, bekas wartawan adalah setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Musa berkata, pihaknya percaya kes itu dapat disiapkan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, siasatan pihaknya percaya mendiang jatuh dari tingkat 14 sebelum mayatnya ditemui kira-kira empat atau lima jam selepas itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta semua pihak berhenti menuding jari kepada agensi itu sebagai punca kematian Teoh kerana siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata sejak insiden itu dilaporkan, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan dan komen hingga menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan yang dijalankan.

"Biarlah polis siasat dan selesaikan dahulu kes ini. Janganlah keruhkan keadaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, pada 1.30 tengah hari Khamis lepas.

Ahmad Said berkata kes penyalahgunaan peruntukan negeri yang disiasat SPRM itu hanyalah kes biasa dan bukannya kes besar sehingga boleh menimbulkan kematian.

"Bukan kerja kami hendak siasat sampai buat (kematian) macam itu sekali...kes biasa sahaja," katanya.

Ahmad Said berkata laporan sesetengah media didapati cuba mengeruhkan keadaan dan mewujudkan perselisihan faham dan tanggapan bahawa SPRM punca kematian Teoh.

"Jangan cuba wujudkan perselisian faham dan sensitiviti kaum...saya pun secara peribadi hendak tahu juga apa yang berlaku sebenarnya," katanya.

Ahmad Said berkata SPRM turut bersimpati dengan keluarga mangsa berikutan insiden itu.

sumber - hambali1



Lihat selanjutnya...

Mengesan dalang komplot Teoh Beng Hock



Oleh NTanwar, AIDCclub

Kematian Teoh Beng Hock umpama senjata baru kepada Anwar Ibrahim (penasihat PKR), Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor-PKR), Ronnie Liu (Exco Selangor-DAP), Ean Yong Hian Wah (exco Selangor-DAP).

Kalau sebelum ini, Anwar Ibrahim, kerajaan Selangor dan DAP Selangor dilanda kemelut dalaman, Anwar dengan kes liwatnya, Khalid Ibrahim dengan kecaman sesama sendiri (Azmin Ali), DAP Selangor pula dengan penyelewengan dan kongsi gelap, kini semuanya 'terhenti' dengan matinya seorang Setiausaha politik exco Selangor bernama Teoh Beng Hock.


Anwar, Khalid, Ronnie Liu, Ean Yong Hian Wah, cepat-cepat bingkas menuduh kematian Teoh angkara SPRM. Sehari selepas mati, PR yang diketuai oleh Anwar telah menjatuhkan hukuman, SPRM bersalah. Belum ada siasatan, belumpun mayat dikebumikan, tetapi Anwar sudah tahu siapa pembunuhnya. Macam mana Anwar tahu ?

Siapa Anwar, nak menjatuhkan hukuman ikut kepalanya sendiri ?

Sebelum rakyat Malaysia diasak minda dengan propanganda 'racist' Anwar Ibrahim, sekarang mari kita jejaki kes ini secara lebih terperinci.


Anwar Ibrahim mengiringi upacara pengkebumian mendiang Teoh Beng Hock di Alor Gajah semalam



Siapa Teoh ?

Teoh adalah Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP). Berumur 30 tahun dan berasal Melaka. Ada yang mempertikaikan status Setiausaha politik yang disandang oleh Teoh, kerana taraf exco kerajaan negeri tidak memperuntukkan jawatan sebagai 'Setiausaha Politik' tetapi hanya diberi jawatan hakiki sebagai 'pembantu khas' sahaja, tetapi biarkanlah jika exco DAP itu ingin mengangkat status pembantu khasnya sebagai Setiausaha Politik, suka hati dia lah.

Teoh adalah bekas penuntut UKM. Di kampus itu dia mengenali tunangnya,Soh Cher Wei. Selepas tamat belajar, dia bekerja sebagai wartawan di Sin Chew Daily (Sin Chew Jit Poh, Chinese Daily) berpejabat di Kajang.

Sebagai wartawan, dia banyak berkenalan dengan tokoh-tokoh politik Cina khususnya dari DAP. Maka tidak hairanlah, dari wartawan, dia menjadi pembantu khas kepada Tony Pua, Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara dan pembantu khas (Setiausaha Politik) kepada ADUN DAP Sri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, 29 tahun.

Kawan baik Teoh di Chinese Daily, Tan Yu Chyan berkata Teoh berhenti sepenuhnya sebagai wartawan pada April 2008 setelah bekerja dengan Ean Yong.

Teoh digambarkan oleh kawan-kawan rapatnya, mula bosan dengan karenah kekotoran politik setelah berkhidmat selama satu tahun tiga bulan (sehingga tarikh kematiannya) kepada Ean Yong.

Teoh juga terdedah dengan permainan politik kotor yang ditanggung oleh bosnya, Ean Yong yang memegang jawatan sebagai ADUN Sri Kembangan, Pengerusi DAP Selangor dan exco kerajaan Selangor yang memegang bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor.

Bidang kuasa Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram ini akan menghubungkan Ean Yong dan Teoh kepada kancah kumpulan-kumpulan Cina cauvanis (Kampung Baru) dan kumpulan gangter dan kongsi gelap Cina yang sering menjalankan perniagaan secara haram.

Sebab itu, seminggu sebelum kematian, Teoh pernah meluahkan perasaan tertekannya terus terlibat dalam kancah politik kepada Daniel Chong, (pembantu khas kepada Ronnie Liu). Daniel Chong mengakui Teoh pernah meluahkan kepadanya untuk meninggalkan dunia politik dan menyambung pengajian ke peringkat master dalam bidang undang-undang.

Oleh itu mudah difahami kenapa bapa Teoh, How Meng Hui, 60, tidak begitu gembira anaknya berkecimpung dalam politik. Menurut bapanya, dia sekeluarga pernah meminta mendiang supaya tidak bekerja sebagai Setiausaha Politik kerana menganggap ia berisiko tinggi.

Bapanya juga yakin anaknya bukannya membunuh diri, tetapi telah disabotaj oleh pihak lain.


Teoh bukan suspek, tetapi saksi SPRM

Teoh dipanggil ke SPRM pada 15 Julai, bukan kerana dia didakwa melakukan penyelewengan, tetapi sebagai saksi kepada bosnya Ean Yong Hian Wah yang didakwa antara empat exco Selangor yang menjadi suspek penyelewengan dana kerajaan negeri.

Selain Ean Yong, exco Selangor lain yang turut menjadi suspek menyelewengkan wang peruntukan negeri adalah Ronnie Liu, exco Selangor yang memegang Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul, Teoh datang ke pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam pada 5 petang 15 Julai untuk memberi keterangan dan dibenarkan pulang pada pukul 3.45 pagi itu.

“Dia adalah saksi untuk kes itu dan kami selesai merakamkan percakapannya bagi membantu siasatan berhubung salah guna wang peruntukan ADUN Selangor itu" kata Mohd Shukri.

"Dia berjanji akan datang kembali ke pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai untuk membawa beberapa dokumen bagi membantu siasatan", katanya lagi.

Mohd Shukri berkata, semasa siasatan dilakukan, Teoh memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak menunjukkan sebarang rasa tertekan pada riak wajahnya.

Selepas habis siasatan, Teoh dikatakan memohon untuk tidak balik ke rumahnya, sebaliknya pohon untuk berehat di bilik tetamu pejabat SPRM. Pada pukul 6 pagi, dia masih kelihatan tidur di atas sofa dan selepas itu SPRM tidak melihatnya.

Pada jam 1.30 tengahari (16 Julai), mayat Teoh ditemui dalam keadaan terlungkup di koridor luar, tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam.


Persoalan-persoalan berbangkit

1. Kenapa selepas habis siasatan, 3.45 pagi, Teoh memohon untuk tidur di bilik tetamu SPRM sehingga jam 6.00 pagi ? Adakah Teoh takutkan 'sesuatu' dan mengambil keputusan untuk tidak terus balik ke rumah pada jam 3.45 pagi serta mengambil keputusan untuk balik selepas jam 6.00 pagi (16 Julai) kerana waktu itu lebih selamat kerana telah ada orang datang bekerja ?

2. Seandainya 'ketakutan' itu menghantui Teoh, siapakah 'orang yang ditakutkan' itu. Adakah Teoh dapat menjangkakan, kehadirannya di pejabat SPRM pada jam 5 petang, 15 Julai tidak begitu disenangi oleh bosnya Ean Yong ?

Ean Yong, bos mangsa tahu SPRM sedang menyiasat kesnya. Foto menunjukkan pegawai penyiasat SPRM sedang berbual dengan Ean Yong di pejabat exco Selangor itu. Teoh (kanan) sedang menelefon seseorang


3. Apa perasaan Ean Yong apabila pembantunya telah diwajibkan hadir ke pejabat SPRM, Selangor, pada jam 5, 15 Julai. Adakah Ean Yong gelisah, takut dan bimbang jika sekiranya pembantunya membocorkan segala rahsia penyelewengannya dalam kerajaan negeri.

4. Jika Ean Yong takut, sangsi dan was-was dengan pembantunya yang dibimbangi akan membocorkan segala rahsianya yang menjadi suspek SPRM, apakah agaknya tindak balas Ean Yong seterusnya untuk menutup mulut pembantunya ?

5. Ketakutan Ean Yong pula kerana apa ? Adakah takut pendedahan penyelewengan dana kerajaan negeri yang sedang disiasat oleh SPRM atau bimbang terbongkarnya penglibatannya dengan tali temali kegiatan kongsi gelap yang di bawah jagaan jawatankuasanya ?


6. Ketakutan Ean Yong, jelas kelihatan, apabila dia bersama-sama dengan Ronnie Liu, kawan baiknya menyerbu ke pejabat SPRM, sebaik sahaja mendapati Teoh telah mati dibunuh. Kenapa hanya Ean dan Ronnie Liu sahaja yang datang menyerbu ke pejabat SPRM, kenapa tidak exco-exco lain, Teresa Kok, Elizabeth Wong, misalnya ?

Tan Boon Hwa, aktivis DAP, ahli Majlis Perbandaran Kajang, turut disiasat SPRM tetapi enggan berkerjasama. Malah ketika ditemui polis untuk mendapat keterangan kematian Teoh, dia juga menolak untuk bekerjasama. Tan Boon Hwa adalah kroni Ronnie Liu


7. Kalau Teoh 'takut', dan sanggup tidur di bilik tetamu SPRM, bagaimana pula dengan Tan Boon Hwa (ahli majlis perbandaran Kajang) yang turut disoalsiasat oleh SPRM pada tarikh sama. Beza masa tamat siasatan pun selang 1.45 minit. Tan tamat jam 2. 00 pagi, Teoh, tamat jam 3.45 pagi. Ke mana Tan pergi selepas tamat siasatan itu, adakah terus pulang ke rumah atau berlegar di sekitar plaza itu, kerana tidak maklumat mengatakan Tan bermalam di pejabat SPRM. Teoh dikatakan bekerjasama dengan SPRM, manakala Tan pula menyatakan kepada media, dia tidak akan sesekali bekerjasama dengan SPRM ataupun polis.






8. Kenapa mayat Teoh dijumpai di koridor luar Tingkat 5, Plaza Masalam, bukannya di Tingkat 14, atau 15 Plaza Masalam yang boleh dikaitkan dengan SPRM ? Tingkat 5 bukan kepunyaan SPRM, jadi bagaimana mahu dikaitkan dengan SPRM?

9. Untuk makluman, Plaza Masalam, Shah Alam mempunyai banyak tingkat, dan hanya tingkat 14 & 15 adalah kepunyaan SPRM Selangor, manakala tingkat-tingkat lain dimiliki oleh pihak lain termasuk pelbagai agensi kerajaan lain, swasta dan badan persendirian.

10. Plaza Masalam juga mempunyai bangunan berkembar dengan pusat membeli belah yang sering dikunjungi ramai. Dalam pusat membeli belah Plaza Massalam, terdapat 'Old Town Coffee' yang turut didakwa dibiayai oleh sumber kewangan kongsi gelap dan Ah Long.

11. Seseorang yang ingin pergi/keluar dari SPRM mesti melalui pintu pusat membeli belah Plaza Masalam dan mendaftarkan diri di pondok pegawal tingkat 5 untuk naik lift ke tingkat seterusnya.




12. Apa yang ingin disimpulkan di sini, adalah apabila disebut Plaza Masalam bukan semuanya dimiliki oleh SPRM, tetapi plaza itu digunakan oleh pelbagai pihak lain, seperti agensi kerajaan lain, pihak swasta dan pesendirian, termasuk juga para peniaga seperti "Old Town Coffee".

13. Di Plaza Masalam itu, SPRM menyewa dua tingkat (14 & 15) sebagai pejabat SPRM Negeri Selangor. Ibu pejabat SPRM adalah di Putrajaya.

14. Jadi berdasarkan kedudukan lokasi Plaza Masalam yang digambarkan di atas, logikkah Teoh ditolak dari tingkap SPRM (tingkat 14 & 15) hingga jatuh ke koridor luar tingkat 5 sedangkan mangsa tidak menunjukkan pendarahan teruk ?

15. Beza ketinggian antara tingkat 5 dengan tingkat 14 & 15, milik SPRM adalah 9 tingkat. Jadi jika benar mangsa ditolak dari tingkap SPRM, tingkat 14 & 15 apakah rupa bentuk yang sepatutnya mangsa alami, sebagai orang yang terjatuh dari ketinggian 9 tingkat ? Adakah kepala mangsa retak/pecah, kerana kedudukan kematiannya dilaporkan terlungkup ?




16. Berdasarkan foto yang disiarkan oleh Kosmo, mangsa tidak mengalami kecederaan teruk di bahagian bawah (muka, tangan dan dada), tetapi mengalami pendarahan di bahagian punggung. Kenapa terjadi begitu ? Sepatutnya jika mangsa jatuh terlungkup, bahagian yang paling teruk mengalami kecederaan adalah bahagian bawah (muka, tangan dan dada) dan bukan sebaliknya.

17. Apakah benar, mangsa sebenarnya 'takutkan' sesuatu, sebab itu dia mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat SPRM (Tingkat 14 & 15) pada jam 6.00 pagi, dengan harapan ketika itu orang mulai datang membuka pejabat/kedai masing-masing ?

18. Apakah yang terjadi kepada Teoh di antara pukul 6 pagi hingga 1.30 tengahari, pada 16 Julai ? Selang masa adalah tujuh jam setengah. Dengan siapa dia bertemu ? Apakah peritiwa sebenar yang berlaku sepanjang masa itu ?


19. Apakah benar, 'orang yang ditakuti' Teoh, sebenarnya sudah menunggu di dalam bangunan Plaza Masalam (di luar pejabat SPRM) dari jam 3.45 pagi hingga ke 6 pagi ? Mungkin orang itu datang berkumpulan menunggu kelibat mangsa di setiap tingkat, sehinggalah mangsa ditemui mati di tingkat 5, Plaza Masalam, jam 1.30 tengahari (16 Julai) ?


Benarkah Teoh pernah mengkritik Ean Yong dan Ronnie terlibat kongsi gelap ?


Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah(baju putih) datang mengamuk di pejabat SPRM

Menurut sumber, Teoh pernah menyuarakan rasa kurang berpuas hati dengan cara pentadbiran beberapa ADUN DAP Selangor, khususnya berkaitan rapat Ronnie dan Ean Yong dengan kongsi gelap.

Mereka telah menyalurkan peruntukan kerajaan negeri untuk membiayai kegiatan kongsi gelap dan seperti yang disebut oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, menggunakan pejabat Exco sebagai tempat bermesyuarat mereka untuk berbincang berkaitan dengan peniagaan dan aktiviti haram.

Setelah tidak tahan dengan kerenah kongsi gelap yang selalu turun naik pejabatnya maka Teoh telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Ronnie dan Ean Yong tetapi tidak diendahkan.

Hampir kesemua ADUN-ADUN Cina di Selangor menggunakan kongsi gelap untuk menjaga mereka dan Ah Long pula menjadi banker mereka. Dengan demikian, kesemua mereka terikat dengan perjanjian dengan kongsi gelap dan Ah Long.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dr Oh Ei Sun, berkunjung ke rumah mangsa menyampaikan ucapan takziah Perdana Menteri kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak, Alor Gajah Melaka. Ean juga turut kelihatan di tengah (baju putih)


Kesimpulannya, bapa mangsa sendiri telah membuat hipotesis bahawa anaknya bukan bunuh diri, sebaliknya menjadi mangsa sabotaj, jadi siapakah dalang yang mensabotaj anaknya itu ?

sumber - NTanwar



Lihat selanjutnya...

Kematian Teoh: Tan Boon Wah tolak beri keterangan

SHAH ALAM: Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Booh Wah menolak permintaan untuk memberikan kenyataannya kepada polis yang kini sedang menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis juga telah mengeluarkan saman terhadap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk hadir memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

Teoh yang merupakan seorang bekas wartawan adalah setiausaha politik kepada Ean Yong.

"Kita sudah menghubungi Tan tetapi beliau menolak, jika beliau menolak untuk tampil ke hadapan, kita terpaksa menyamannya di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah," katanya kepada media selepas memberikan taklimat kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai perkembangan kes berkenaan.

Musa berkata siasatan terhadap kematian Teoh kini hampir 60 peratus lengkap dan berjanji akan memberikan perkembangan terkini kepada media mengenai siasatan kes itu.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu.

Bangunan berkenaan turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Tingkat 14.

Beliau merupakan seorang saksi utama yang dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu di ALOR GAJAH kereta jenzah yang membawa mayat Teoh baru sahaja meninggalkan rumah bapanya di Taman Sri Kelemak menuju ke Nirvana Memorial Park di Semenyih.

Mayat Teoh telah ditempatkan di kediaman keluarganya sejak tiga hari lepas.

Lebih 2,000 orang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang hadir memberikan penghormatan yang terakhir.

Bernama melaporkan Anwar ketika ditemui pemberita berkata beliau mahukan perubahan tatacara dan etika pihak berkuasa seperti SPRM dan Polis dalam mengendalikan kes siasatan terhadap saksi.

"SPRM dan polis terutama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus dipertanggungjawabkan kerana beberapa pelanggaran peraturan yang telah menyebabkan satu kematian," katanya.

sumber - mstar



Lihat selanjutnya...

Ean Yong Hian Wah dan peguam akan disiasat polis

Jul 20, 09 4:26pm
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil keterangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kota Alam Shah M Manoharan bagi membantu siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Tambahnya, setiausaha politik Ean didapati berhubung dengan ketuanya itu, seorang exco kerajaan Selangor, dan Manoharan, yang juga seorang peguam, sebelum disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang Rabu lalu.

Menurutnya lagi, seperti dilaporkan Bernama, polis juga akan merakamkan percakapan anggota keluarga mendiang pada waktu yang sesuai nanti.

Polis juga ingin merakam percakapan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah kerana beliau membuat laporan polis di Shah Alam terhadap SPRM pada Sabtu lepas tetapi enggan percakapannya dirakamkan.

"Saya menasihatkan dia supaya menghadirkan diri ke balai polis untuk beri percakapan atas laporan yang dia buat, kalau tidak kita terpaksa isu notis mengikut (Seksyen) 111, Kanun Acara Jenayah untuk perintah dia beri keterangan di balai," Khalid dipetik berkata.

Jika Tan tetap enggan memberikan keterangan berkenaan laporan polis yang dibuatnya itu, polis boleh mengambil tindakan lanjut terhadapnya atas dakwaan membuat laporan palsu, katanya sidang media di ibu pejabat polis Selangor hari ini.

Selain itu, tambah Khalid, polis juga akan memanggil dua orang yang
bersama-sama Tan dan Teoh yang disoal siasat oleh SPRM pada hari yang sama.

Polis setakat ini merakam 33 percakapan termasuk 25 pegawai SPRM.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lalu selepas disoal siasat oleh SPRM).

suruhanjaya tersebut Mendiang antara saksi yang dipanggil untuk membantu siasatanberhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu.

sumber - Malaysiakini


Lihat selanjutnya...

Teoh’s death probe: Councillor refuses police request



By EDWARD RAJENDRA

SHAH ALAM: Kajang municipal councillor Tan Booh Wah has refused a request to give his statement to the police who are investigating the death of political aide Teoh Beng Hock.

Selangor CPO Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said police had also summoned Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah and Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan to give their statements on the matter.

Teoh, a former journalist, was political secretary to Ean Yong.

“We have already contacted Tan but he has refused. If he refuses to come forward, we will have to summon him under Section 111 of the Criminal Procedure Code,” he told reporters Monday after briefing Inspect-General of Police Tan Sri Musa Hassan on the progress of the investigation.

Musa said the investigation into Teoh’s death was now 60% complete and promised to keep the media updated on the latest developments.

A janitor had found Teoh’s body at 1:30pm last Thursday at the fifth floor of Plaza Masalam, where the state Malaysian Anti-Corruption Commission is located.

The MACC, investigating the alleged misuse of constituency funds by Selangor state representatives, had taken in Teoh for questioning on Wednesday. It was the last time he was seen alive.

source - The Star



Lihat selanjutnya...

Kematian Teoh : Siapa untung?

email : saudarakiri311

Latar Belakang kes

1. YB Ean Yong Hian Wah adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram.

2. Teoh Beng Hock pula adalah Setiausaha Politik kepada YB Ean Yong Hian Wah.

3. YB Ean Yong Hian Wah adalah antara Exco dan ADUN yang disiasat oleh SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri Selangor.

4. YB Wee Choo Keong (MP Wangsa Maju) telah menyatakan bahawa pejabat salah seorang ahli EXCO kerajaan negeri Selangor digunakan untuk tujuan perniagaan ahli-ahli kongsi gelap.

5. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng pula menyeru SPRM agar berhenti menindas ahli-ahli politik PR terutama sekali ahli-ahli DAP kerana usaha ini berbau politik dan tidak menegakkan keadilan mau pun membenteras korupsi.

6. Pemimpin-pemimpin PR medesak agar segala siasatan SPRM selanjutnya perlu ditemani wakil guaman dan tidak perlu bertempat dipejabat SPRM.


Persoalan

Jika andaian bahawa Teoh Beng Hock dibunuh adalah benar, siapa dan pihak manakah yang akan beroleh faedah dengan kematian beliau?

i. Kerajaan BN dan SPRM

ii. Kerajaan Negeri Selangor dan DAP

iii. Kumpulan Kongsi Gelap


Jawapan

i) Kerajaan BN dan SPRM

Kedua-dua pihak ini tidak mempunyai sebab untuk membunuh Teoh kecuali:

• Ianya dilakukan sebagai sabotaj terhadap Kerajaan BN dan SPRM

• Berlaku tindakan jenayah oleh mereka yang tidak bertanggung jawab

Jelas kedua-dua kemungkinan ini tidak membabit Kerajaan BN atau SPRM. Insiden saperti ini memberi kesan buruk kepada reputasi Kerajaan BN dan SPRM yang baru ditubuh.

Untuk membuat tuduhan bahawa ianya dirancang adalah tidak logik. Anggota SPRM yang terlibat boleh diandaikan berugama Islam. Adakah masuk akal bahawa mereka sanggup membunuh dalam menyoal-siasat kes tuduhan rasuah?

Adakah mereka langsung tidak beriman? Jika benar mereka membunuh, maka neraka jahanamlah tempat mereka. Tiada boleh belas kesian.


ii) Kerajaan negeri Selangor dan DAP

Segala siasatan oleh SPRM terhadap ahli-ahli kerajaan negeri Selangor terjejas dan tergendala akibat apa yang berlaku. Apa-apa rahsia yang ada pada Teoh terkubur bersama beliau.

Akibat insiden ini juga, sentiment dan kebencian rakyat terhadap apa yang dilaungkan sebagai Kerajaan BN yang zalim akan bertambah. Ini merupakan modal besar yang boleh digunakan sehingga PRU ke13. Untuk kaum Cina pula, ini satu lagi contoh penindasan terhadap mereka. Apatah lagi apabila yang mati itu anak pemandu teksi yang miskin.


iii) Kumpulan Kongsi Gelap

Hubungan antara ahli politik PR dan ahli kongsi gelap yang disyaki selama ini jelas ujud. Kumpulan triad saperti four heavenly kings amat berpengaruh dan perkasa didalam pelbagai bidang perniagaan.

Demi untuk menutup rahsia dan memberi amaran kepada sesiapa yang ingin membocorkan maklumat, kumpulan kongsi gelap tidak keberatan untuk membunuh.

Rumusan

Disebalik segala tomahan dan tuduhan, Kerajaan BN dan SPRM merupakan pihak yang paling tidak menginginkan sesuatu insiden saperti kematian Teoh Beng Hock ini.

Oleh itu jelas bahawa kita tidak boleh sangkal yang kematian Teoh berpunca dari kegiatan kongsi gelap yang mempunyai pertalian dengan pemimpin politik dan kematian beliau secara kejam ini memberi political mileage yang tidak terhingga.

Dari satu keadaan yang akan membawa padah kepada kumpulan kegiatan gelap, ianya telah berubah dimana Kerajaan BN dan SPRM dipertanggong jawapkan keatas kematian Teoh. Yang paling seronok adalah DAP dan sekutu-sekutu mereka, sentiment anti-BN sekarang semakin meluak.

Bagi yang beragama Islam, haruslah bersabar sebab yang dari SPRM itu juga saudara. Syak itu lebih buruk dari membunuh dan sebelum maklumat sepenuhnya diperolehi tak perlulah membabi buta membuat tuduhan.


Lihat selanjutnya...

Thursday, September 3, 2009

Teoh : Perlukah ditubuhkan Suruhanjaya Diraja?

Sepanjang yang saya boleh ingat, setiap kali timbul sesuatu isu Lim Kit Siang pasti didengari menuntut ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk melakukan sesuatu siasatan. Kalau tidak itu, dia akan menuntut pula Jawatankuasa Khas di bawah Parlimen.

Inilah yang dilakukannya untuk kes kematian mengejut pembantu exco kerajaan Negeri Selangor, Tan Beng Hock.

Tujuan tuntutan ini dikatakan adalah agar siasatan yang dilakukan adalah bebas dari campurtangan pihak-pihak tertentu, khususnya ahli politik. Adakah sungguh tujuan Lim Kit Siang sedemikian?

Jika niatnya sedemikian, mengapa pula DAP dan Pakatan Rakyat sudah melakukan hukuman terhadap SPRM sebelum penyiasatan siap dikendalikan dan perbicaraan mahkamah masih terlalu jauh dari akan bermula? Sana sini semalam di Stadium Kelana Jaya dipaparkan poster dan kain rentang menuduh SPRM sebagai pembunuh. Malah akhbar The Star hari ini pun nampaknya seolah-olah sudah menuduh SPRM sebagai pembunuh

Ada pihak berpendapat Suruhanjaya Diraja harus dilakukan agar kerajaan dilihat bebas dan pemimpin kerajaan, khususnya Perdana Menteri Dato Seri Najib tidak boleh dikaitkan dalam tuduhan pembabitan agensi kerajaan dlaam kematian Teoh. Ada kebenaran tetapi beberapa persoalan timbul dari hujah ini.

Adakah ini akan membantu mereda dan mengurangkan ketegangan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak pembangkang yang jelas sedang mengapikan kemarahan dikalangan kaum Cina?.

Adakah pihak pembangkang akan menerima kesimpulan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja? Sebagai contohnya, pada petang semalam di perhimpunan anjura DAP di Stadium Kelana Jaya, ADUN PKR Dr Xavier menyatakan tidak akan menerima hasil penyiasatan jika dikatakan Teoh didapati membunuh diri. Nasib kita baik kerana jumlah yang hadhir di Stadium hanya dalam 3,000 orang. Harapnya ia tidak merebak menjadi sesuatu yang buruk.

Apa sekali hasil siasatan polis tidak menjadi isu bagi mereka. Masaalahnya mereka bersikap emosional dan tidak rasional. Pada mereka, pandangan mereka sudah cukup untuk memutuskan hasil siasatan mesti sedemikian dan bukan sedemikian. Adakah mereka kepakaran dalam menyiasat jenayah?

Jika demikian, adakah boleh diharapkan Suruhanjaya tersebut boleh meredakan prejudis yang sudah tertanam dalam sanubari mereka bahawa SPRM bersalah. Walaupun SPRM boleh tunjukkan surat bahawa Teoh sudah menandatangan surat untuk dibenarkan pulang, mereka tetap mahu SPRM dibertanggungjawabkan.

Bagaimana Suruhanjaya boleh berfungsi jika naluri mereka tetap mahu mempolitikkan keadaan?

Pastinya walau ditubuhkan Suruhanjaya yang mana pihak pembangkang akan menganggotai, hanya pihak polis saja yang berupaya menyiasat kes yang dianggap jenayah seperti ini. Apa akan jadi jika pihak pembangkang atau individu yang bersimpati dnegan pembangkang dalam Suruhanjaya tidak mahu mempercayai siasatan polis?

Adakah anggota yang akan dipilih dalam Suruhanjaya akan diterima pihak mereka? Seperti yang pernah berlaku, mereka akan mempersoalan ahli-ahli anggota yang dilantik. Bolehkah kita yakin anggota yang dipilih berkeupayaan untuk menolong, memantau dan memberi panduan kepada polis dalam siasatan? Bukankah ini akan membuang masa dan membuang masa adalah yang mereka mahu untuk mempolitikkan keadaan.

Akhir sekali, apa ertinya kepada Institusi kerajaan jika ada sikap sedemikian? Selama beberapa tahun kebelakangan ini, mereka pun bersikap anarkis yang menentang susunan orde dan berstruktur yang sediada dalam kerajaan. Mereka ini seolah-olah mahu melihat kucar kacir dan chaos dalam negara.

Jika kita menuntut pihak pembangkang supaya jangan mempolitikkan kerajaan, kita harus juga jangan tunduk kepada tuntutan politik. Perkara ini mudah jika kita tidak emosional dan bersikap objektif. Kematian ini adalah kes polis dan biarkan polis jalankan tugas tanpa tekanan dari mana-mana pihak. Perdana Menteri telah pun memberi jaminan siasatan akan dilakukan secara tulus.

Kalau dilayan tuntutan Suruhanjaya ini, tidak habis-habis mereka akan tuntut lagi. Mereka tidak pernah dan tidak akan puas menuntut.

sumber - mykmu



Lihat selanjutnya...

Kematian Teoh: Pakar forensik kunjungi pejabat SPRM Selangor

SHAH ALAM: Polis semalam mengunjungi semula ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan dipercayai mengambil beberapa dokumen dan komputer bagi membantu siasatan kes kematian setiausaha politik Exco Selangor Teoh Beng Hock.

Sepasukan kira-kira 10 hingga 15 pegawai dari Forensik polis Cheras bersama pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam tiba di pejabat SPRM di Plaza Masalam pada kirakira pukul 5.15 petang dan terus ke pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14.

Pasukan itu, termasuk Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mamah, turut memeriksa pejabat keselamatan bangunan itu yang terletak di tingkat empat dan mengambil beberapa perisian rakaman komputer yang dipercayai mengandungi rakaman CCTV.

Dalam pemeriksaan selama kirakira tiga jam itu, mereka turut memeriksa tingkap bilik soal siasat di tingkat 14 iaitu tempat Teoh dipercayai terjatuh, dan mengambil penyelak tingkap itu.

Pasukan itu juga membuat pemeriksaan di tingkat lima, tempat mayat Teoh ditemui.

Omar, ketika ditemui pemberita bagaimanapun enggan menyatakan apa yang dirampas dari pejabat SPRM itu dan tidak menolak kemungkinan untuk ke pejabat itu lagi.

Beliau berkata SPRM memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan kes itu dan menjelaskan bahawa "ia bukan serbuan dan hanya lawatan semula ke tempat kejadian jenayah".

Teoh, 30, yang merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan bagi Exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari Khamis lepas setelah memberikan keterangan kepada SPRM.

sumber - mstar



Lihat selanjutnya...

Nizar tidak sepatutnya pegang lilin peringati kematian



SHAH ALAM – Tindakan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, sebagai seorang pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutnya memegang lilin pada acara keagamaan itu. “Beliau perlu tahu batas-batas keagamaan, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

“Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu di dalam negara ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu yang dilihat turut memegang lilin bersama pemimpin bukan beragama Islam sewaktu majlis berkabung memperingati kematian Setiausaha Politik Exco Selangor di Ipoh, Jumaat lalu.

Mahmood berkata, semua pemimpin politik dinasihatkan supaya tidak membelakangkan Islam demi kepentingan politik masing-masing.

Menurutnya, perpaduan antara masyarakat Islam perlu diberi keutamaan kerana dituntut agama.

Sumber : Sinar Harian, 20 Julai 2009




Lihat selanjutnya...

Isu Teoh : PR tiup gelombang kemarahan rakyat



Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM.

Petang Ahad, pakatan pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan.


Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian teo beng hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab".

Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab.

Hampir semua pemimpin yang berucap mengulangi perkara yang sama. Masing-masing bertindak menjadi juri dan hakim dan seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman SPRM bersalah sebagai pembunuh.

Selain itu, nama Datuk Khir Toyo, Datuk Ahmad Said dan Tan Sri Musa Hassan seringkali disebut, sementara isu seperti PKFZ, Kugan, Altantuya juga dijadikan modal ucapan.

Menurut penganjur, perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan bagi membolehkan pakatan pembangkang menghantar petisyen kepada kerajaan menuntut tiga perkara iaitu mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, mendesak Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan dengan andaian Beng Hock mati kerana terjatuh sendiri.

Pada perhimpunan berkenaan, hasrat untuk mendapatkan tandatangan 10,000 orang tidak tercapai kerana yang hadir tidak melebihi 4,000 orang. Malah daripada jumlah itu, ada yang kelihatan enggan menurunkan tandatangan mereka terhadap petisyen yang hendak dibuat.

Jumlah kehadiran ini hampir sama dengan kehadiran perhimpunan 100,000 orang yang juga diadakan di tempat yang sama hampir sebulan lalu yang bertujuan menjelaskan peniolakan pakatan pembangkang terhadap idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain menjadikan SPRM, kerajaan dan beberapa pemimpin sebagai sasaran, perhimpunan tersebut mencatatkan satu sejarah baru apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri masin-masing memberikan ‘pengiktirafan’ kepada amalan berkesedudukan atau pun hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Ini apabila, kedua-dua kerajaan negeri mengumumkan akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan teman wanita Beng Hock yang kini mengandung anak hasil perhubungan mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula sebagai mana biasa terus menjatuhkan hukuman SPRM bertanggungjawab membunuh Beng Hock dan mendesak Ketua Pensuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Selepas itu Guan Eng pula mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan dengan megah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak akan melayan sebarang permintaan SPRM untuk datang ke pejabat suruhanjaya untuk disiasat.

“Jangan harap kami akan datang pejabat SPRM. Pejabat mereka di Pulau Pinang pun terletak di bangunan tinggi. Kalau nak jumpa atau siasat kami boleh datang ke pejabat kerajaan negeri,” katanya,

Tan Sri Khalid pula mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia untuk berkempen memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock.

Ketika Khalid sedang mengakhiri ucapannya, muncul pula Karpal Singh buat pengumuman beliau akan dakwa SPRM di mahkamah berhubung kes Beng Hock dalam sehari dua.

Sebaik Karpal berucap, beberapa orang penyokong membakar beberapa naskah akhbar Berita Harian dan Utusan kerana membantah laporan kes Beng Hock yang didakwa berunsur perkauman.

sumber - agendadaily


Lihat selanjutnya...

Wednesday, September 2, 2009

Teoh mangsa CIA : Modus operandi rusuhan di Iran?

Oleh pochongmenulis, AIDCclub

Di Iran selepas kemenangan Mahmood Ahmedinejad dalam pilihanraya Presiden 12 Jun, telah berlaku arus bantahan dari penduduk Iran yang menyokong perjuangan Mir Mousavi yang mendokong reformasi ke atas Iran. Dalam kekalutan politik, bantahan demi bantahan dan tunjuk perasaan dikatakan Amerika Syarikat telah memainkan peranan penting disebalik pembunuhan Neda Agha-Soltan, gadis Iran berusia 26 tahun yang mati tertembak dan kini menjadi simbol perjuangan kelompok reformasi terhadap pemerintah Iran.


"Kematian Neda sangat mencurigakan," kata Duta Besar Iran untuk Mexico Mohammad Hassan Ghadiri, seperti dipetik CNN, Jumaat (26/6/2009).

"Pertanyaan saya adalah, bagaimana Neda boleh ditembak dari belakang, diperlakukan di depan sekumpulan jurugambar, dan ditembak di tempat yang tidak terdapat banyak penunjuk perasaan?"

Ghadiri menganggap perisik Amerika CIA atau agen perisik barat yang bertanggung jawab atas kematian gadis tersebut.

"Jadi, jika CIA ingin membunuh orang dan mengaitnya dengan kerajaan, maka memilih perempuan tersebut sebagai korban adalah pilihan yang tepat, kerana kematiannya akan menarik simpati," kata Ghadiri.

Dalam rakaman video seolah menunjukkan Neda tertembak di bahagian dada, namun Ghadiri mengatakan bahawa peluru dijumpai di bahagian kepala dan peluru yang digunakan bukanlah jenis yang digunakan di Iran.

"Ini adalah kaedah yang digunakan pengganas, CIA, dan agen perisikan barat," kata Ghadiri.

"Mereka ingin melihat darah mengalir dalam kelompok golongan yang terlibat dengan demonstrasi, jadi mereka dapat menggunakannya untuk melawan Republik Islam Iran. Ini adalah kaedah biasa yang digunakan CIA di kebanyakan negara," kata pegawai diplomatik Iran tersebut.

Walaupun kenyataan Ghadiri menyatakan Amerika terlibat, jurucakap CIA George Little tetap menafikan ia perbuatan CIA dan menganggap mustahil mereka yang bertanggung jawab atas kematian perempuan tersebut.

Antara pihak yang digunakan oleh CIA untuk membantu puak penentang di Iran dan mana2 negara sasaran ialah National Endowment for Democracy (NED) sebuah organisasi yang dibiayai oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Melalui organisasi ini mereka akan cuba mempromosi demokrasi ala Amerika kepada negara yang dianggap musuh kepada Amerika dalam usaha untuk menguasai dunia, oleh itu pelbagai cara direncana untuk menggerakan demokrasi di China, Iran, korea Utara, Zimbabwe dan juga di Rusia, malah melibatkan juga kerja-kerja demokrasi di negara islam seperti Iran, Syiria dan negara lain yang dilihat mempunyai hubungan yang tidak pro kepada Amerika.

Terdapat juga dakwaan kukuh mengatakan gelombang hijau yang tercetus di Iran yang menyokong Mir Mousavi adalah permainan NED untuk membangkitkan sentimen sokongan rakyat.

Di Urumqi China, gara-gara Rabiya Kadeer telah menyaksikan kaum minoriti Uighur menghadapi konflik dengan etnik Han di China, Menurut pihak berkuasa China, Rabiya yang tinggal di Amerika memainkan peranan penting untuk mewujudkan konflik di antara etik Uighur dan Han.

Apabila konflik di China berlaku, antara negara awal yang bersuara ialah Turki melalui Racep Tayeb Erdorgan, timbul persoalan kenapa Turki begitu cepat memberi respon keadaan tersebut. Adakah kekecohan di Urumqi juga didalangi oleh CIA melalui NED klik sini dan Turki melalui Erdorgan terlibat dengan konspirasi tersebut, kerana ia seolah sebuah modus operandi dua dalam satu iaitu untuk menjadikan Erdorgan hero umat islam dan pada masa yang sama dapat mengkucar-kacirkan politik negara China. klik sini

Erdorgan kini dianggap pemimpin Turki yang mempunyai hubungan yang akrab dengan Amerika, dibawahanya Turki dianggap sebagai negara Islam contoh yang mengamalkan demokrasi yang ditaja oleh NED malah kemenangan AKP di Turki dilihat mendapat sokongan pihak Amerika.

Tindakan Erdorgan mengkritik kerajaan China itu sebenarnya adalah tepat namun timbul persoalan, kenapa umat islam Kurdis di Turki, Erdorgan juga yang memerangi mereka? ini yang menimbulkan persoalan umat islam mengenai Erdorgan, adakah beliau jujur mengkritik China atau lebih kepada membaca skrip yang ditulis CIA.

Apa yang boleh dikatakan mungkin wujud kongspirasi CIA Amerika dan sekutunya atas apa yang berlaku di Xinjiang, China. Dalam usaha untuk memecahbelahkan negara China, umat islam telah dipergunakan demi kepentingan politik mereka sesudah gerakan pembebasan Tibet gagal.

Setelah beratus tahun kewujudan negara China, sebenarnya tidak ada bukti orang China pernah menindas dan menakluk negara lain, seperti mana Amerika menindas umat Islam. Malah China seringkali dilihat sebagai rakan umat Islam, Malah sewaktu pemerintahan Dinasti Ming Maharaja China dikatakan dikelilingi oleh pembesar beragama Islam, sehinggakan Laksamana Cheng Ho yang diutus belayar ke negara lain sebagai utusan untuk melebarkan hubungan diplomatik China pun dikatakan beragama Islam.

Mungkin tidak salah kita mengandaikan apa yang berlaku di China sebenarnya lebih kepada permasalahan sesama etnik, namun ia cuba dibawa kepada permasalahan penindasan etnik dan agama kelompok minoriti.

Di Malaysia saat ini dilaporkan seorang etnik minoriti cina dilaporkan telah terbunuh selepas dibawa agensi pihak berkuasa (SPRM) untuk membantu siasatan penyelewengan peruntukan perbelanjaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerajaan Negeri Selangor.

Kematian pembantu peribadi kepada Exco Kerajaan Selangor itu dianggap misteri kerana ia merupakan saksi kepada pihak berkuasa. Sekiranya pihak berkuasa yang ingin membunuh saksi secara logik tidak masuk akal ia dilakukan dengan kaedah sedemikian, sebab itu andaian mengatakan SPRM terlibat adalah boleh dipertikai, kerana mana mungkin saksi mereka sendiri ingin dibunuh dan ia dilakukan dilokasi siasatan dijalankan.

Timbul persolan siapa yang berani membunuh Teoh Bong Hock, dan ia dikaitkan dengan pihak berkuasa Malaysia, dan yang lebih janggal lagi mayatnya ditemui dibangunan bersebelah bangunan agensi tersebut.

Yang ajaibnya peristiwa kematian lelaki tersebut berlaku di saat pemimpin utama pembangkang iaitu Anwar Ibrahim sedang menghadapi tuduhan di mahkamah atas tuduhan melakukan liwat ke atas pembantu peribadinya. Dan ia berlaku dalam tempoh serentak sewaktu kesnya sedang dibicarakan.

Pada masa yang sama Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat yang juga terdiri daripada parti yang sama diwakili oleh Anwar Ibrahim sedang menghadapi pelbagai masalah, dari tuduhan penyelewengan kuasa, masalah perkaitan kongsi gelap exco kerajaan negeri dan salah laku Menteri Besarnya.

Adakah mungkin apa yang berlaku ini adalah usaha terancang untuk mengalihkan isu dihadapi pembangkang dan perancangan untuk memburukkan imej SPRM seterusnya kerajaan Malaysia supaya kredibiliti hilang dimata umum.

Sorotan kejadian

Dalam tempoh seminggu sebelum kes kematian Teoh Bong Hock berlaku, kita menyaksikan Anwar sempat ke Australia untuk memberi pandangan mengenai Islam dan barat kepada dalam satu program disana. Seperti yang diketahui Ausralia merupakan polis bagi negara Asia yang dilantik Amerika selain Singapura.

Sebaik Anwar kembali ke Malaysia, Anwar telah mengadakan roadshow seluruh Selangor untuk mewujudkan momentum rakyat membenci kerajaan, namun ia gagal. Dan pada masa yang sama Azmin Ali orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mencetuskan pergeseran dengan Menteri Besar Khalid Ibrahim, apabila menyarankan exco Selangor dirombak.

Melalui Wee Choo Keong pula dilemparkan tuduhan exco Selangor menpunyai kaitan dengan kongsi gelap. Kedua-dua saranan ini menyebabkan wujud kekecohan dalam politik Selangor.

Dalam saat ini seolah SPRM terperangkap dengan perancangan Anwar CIA. Kerana selepas itu, pihak SPRM membuat serbuan kepada Adun Selangor untuk membuat siasatan. Dan ada pegawai Adun Selangor telah dipanggil oleh pihak berkuasa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat. Sehinggalah berlakunya kematian Teoh Bong Hock dalam keadaan penuh misteri.

Perkara yang pelik lagi SPRM dikatakan tidak mempunyai kemudahan CCTV secara meyeluruh, adakah perkara ini sebenarnya sudah diketahui oleh agen Anwar untuk melakukan tindakan seterusnya.

Secara kebetulan pejabat SPRM di Plaza Masalam, merupakan bangunan yang dikongsi bersama dengan pelbagai agensi lain samaada swasta atau agensi kerajaan.Dengan itu akses orang ramai ke bangunan tersebut tentulah tidak seketat akses ke bangunan Pejabat Peguam Negara atau bangunan SUK negeri. Adakah mungkin semua aspek ini sudah diambil kira sewaktu tindakan membunuh Beng Hock dilakukan.

Kini semua cakap-cakap mengenai masalah penyelewengan kerajaan negeri Selangor sudah senyap, dan masalah Anwar dan kes liwatnya juga sepi.

Adakah boleh kita katakan apa yang berlaku ini semuanya adalah konspirasi pihak CIA untuk membantu Anwar berkuasa di Malaysia?

Sewaktu di Australia tidak mustahil semua perkembangan politik di Malaysia Anwar akan melaporkan kepada agen CIA disana dan pihak CIA memberi panduan bagaimana untuk menyelesaikan masalah. Anwar dan NED sebenarnya tidak dapat dipisahkan, kerana projek demokrasi yang dipelopori Anwar sekarang merupakan projek NED, dan ia merupakan sebahagian agenda yang ingin dilaksanakan dinegara islam dan anwar sendiri terlibat dengan program anjuran NED.

Dan Erdorgan melalui parti AKP katanya banyak memberi bantuan kepada Anwar dalam memberi nasihat kerja-kerja membina imej Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi pilihanraya di Malaysia. Dan Anwar sendiri hingga hari ini sentiasa melobi kepada negara Islam lain bahawa Turki dibawah Erdorgan merupakan negara islam contoh untuk demokrasi.

Jika kejadian di Iran ada kaitan CIA dan peranan NED, adakah mungkin segala yang berlaku kini di Malaysia juga adalah mainan agensi yang sama.

Sebenarnya kaedah membela golongan wanita dan membela golongan minoriti disesebuah negara adalah modus operandi pihak barat dan yahudi untuk masuk campur dalam sesebuah negara. Sewaktu era pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Empayar Bani Uthamniyah dahulu, kisah pembelaaan golongan minoriti yang didakwa tertindas dan pembunuhan terancang golongan minoriti Armenia juga dijalankan oleh orang Yahudi dan barat untuk meruntuhkan kerajaan Bani Uthamniyah.

Hasilnya rakyat dan kelompok minoriti memberontak kerana menggangap Sultan Abdul Hamid adalah pembunuh kaum minoriti walhal hakikatnya ahli sejarawan hari ini mengatakan pembunuhan orang Armenia sebenarnya didalangi oleh pihak yang ingin menjatuhkan Sultan Abdul Hamid. Gara-gara kebencian melampau Bani Uthmaniyah akhirnya runtuh hasil tekanan yang begitu kuat dari dalaman dan luaran dan seterusnya menyaksikan hingga kini Yahudi mempunyai peranan dalam politik dalaman Turki .Klik sini

Walaupun akan ada pihak yang mengatakan, Malaysia tidak ada apa kepentingan untuk dikuasai Amerika kerana Malaysia bukannya Iran. Tetapi mungkin mereka lupa bahawa Malaysia dirujuk oleh kebanyakkan negara membangun islam yang lain dan Malaysia mempunyai pengaruh besar terhadap negara membangun khususnya di Afrika. Dasar berkecuali dan menjalin hubungan dengan pelbagai pihak menyebabkan Malaysia seringkali diperhatikan oleh kuasa besar.

Tidak banyak negara yang boleh mempunyai hubungan yang baik dengan China, Iran, Rusia, Cuba mahupun Korea Utara namun Malaysia mampu melakukannya dan pada masa yang sama hubungan Malaysia dengan negara Pro barat lain tetap terjalin.

Sementara itu di Eropah Timur,negara rantau balkan seperti Bosnia lebih melihat Malaysia berbanding Turki sebagai negara sahabat, walaupun Bosnia dan Turki mempunyai kaitan hubungan sejarah. Inilah kebijaksanaan polisi yang dirintis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, sehingga ia dicemburui negara lain.

Kebencian melampau dan terpengaruh dengan agenda demokrasi barat seperti dibawa Anwar tanpa disedari akan menyebakan sejarah Malaysia akan berubah suatu hari nanti,di ketika itu masa tidak akan mungkin boleh diundur untuk kembali kepada asal, samada ia berbaloi untuk umat Islam mungkin kita boleh melihat kepada situasi yang berlaku di Indonesia pada hari ini, sama-sama kita nilaikan sendiri, di mana kedudukan parti Islam dan suara umat Islam walaupun negara tersebut merupakan negara umat Islam terbesar di dunia.

sumber - pochongmenulis



Lihat selanjutnya...

Isu Teoh dipolitikkan untuk alih perhatian siasatan SPRM

TANJONG KARANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teo Beng Hock, setiausaha politik anggota Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil-wakil rakyat mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas Anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dari pakatan pembangkang berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil-wakil rakyat.

Siasatan ke atas wakil rakyat pembangkang dalam kes penyalahgunaan peruntukan itu mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Tanjung Karang di sini.

"Penting bagi kita mengatur langkah dan strategi yang perlu dibuat apabila pakatan pembangkang tidak mempunyai ikatan yang jitu. Oleh itu, anggota Barisan Nasional perlu mengambil peluang itu bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN," katanya.

Mayat Teo, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kirakira 1.30 tengah hari Khamis lepas. Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata oleh itu adalah penting bagi komponen-komponen BN untuk memperbaiki diri mereka supaya tidak dilihat lemah kerana berbalah sesama sendiri dan tidak diyakini kemampuan mereka untuk membela nasib kaum yang diwakili mereka.

Oleh itu, kelemahan-kelemahan ini perlu diatasi untuk memulihkan kembali imej BN, katanya.

Muhyiddin berkata selain daripada isu politik, Kerajaan BN juga menghadapi beberapa cabaran seperti ekonomi dan pendidikan yang turut dipolitikkan terutamanya soal pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris yang akan dimansuhkan pada 2012.

"Keputusan kerajaan mansuhkan PPSMI ...banyak politik yang sedang berlaku, ramai yang setuju tetapi ada yang tidak setuju. Keputusan kita adalah jelas, kita buat (keputusan) atas kajian yang dijalankan sekian lama," katanya.

Dalam kajian itu, katanya, jelas pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu tidak meningkatkan penguasaan pelajar di dalam Bahasa Inggeris, katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berkata beliau berharap anggota-anggota UMNO akan menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris yang merupakan keputusan terbaik untuk generasi muda di dalam negara tanpa mengira bangsa.

Pada majlis itu, Muhyiddin melancarkan Logo 1Malaysia UMNO Tanjong Karang yang disediakan daripada 100 kg padi dari Tanjong Karang sempena 100 hari Muhyiddin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin juga turut memotong kek yang disediakan oleh UMNO Bahagian itu sempena hari ke 100 beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

sumber - mstar



Lihat selanjutnya...

Apabila Anwar bertindak sebagai 'hakim'

Belumpun mentadbir kerajaan, pembangkang sudah mula tunjuk sikap mahu menguasai segala-galanya. Mereka juga bertindak menyalahkan kerajaan dalam apa juga insiden terutama membabitkan pemimpin parti itu seolah-olah mereka yang betul semuanya.

Lihat sahaja kes dakwaan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak mempercayai peguam negara, pendakwa raya malah mahu menentukan hakim yang bakal membicarakan kes tersebut.

Lebih malang lagi apabila pembangkang sudah membicarakan kes Anwar di media milik mereka dengan mengambarkan beliau tidak bersalah walhal tindakan itu jelas menghina mahkamah.

Pemimpin pembangkang seperti tidak percaya pada keadilan walaupun PKR adalah Parti Keadilan Rakyat.

Mereka bebas untuk menghukum dan menuduh sesiapa sahaja terutama kerajaan mahupun pemimpin UMNO dan BN yang kononnya sentiasa mencari jalan atau mencipta konspirasi bagi menjatuhkan pembangkang.

Padal dalam kes mata lebam Anwar dahulu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Nor menerima hukuman penjara dan denda setelah didapati bersalah memukul mantan timbalan perdana menteri itu.

Menyalahkan kerajaan dengan mempolitikkan sesuatu isu semata-mata mahu menunjukkan mereka membela rakyat sudah semakin menjadi-jadi sejak Pelan 16 September 2008 gagal.

Terbaru, kes kematian tragis Teoh Beng Hock, pembantu khas yang juga Setiausaha Politik anggota Exco Kerajaan Selangor turut dijadikan medan kepentingan politik PKR, DAP dan PAS.

Awal-awal lagi mereka menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kematian Teoh,30, yang ditemui mati akibat terjatuh di bumbung tingkat 5, Plaza Masalam di Shah Alam.

Mereka mengaitkan SPRM, BN dan UMNO kerana mangsa mati di premis menempatkan pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan suruhanjaya itu berhubung siasatan penyalahgunaan dana peruntukkan wakil rakyat.

Anwar menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian Teoh sebaliknya berkata, hanya menunaikan tanggungjawab kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut lelaki itu.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali UMNO.

"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan UMNO dan Barisan Nasional ," katanya menjawab soalan wartawan dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Subang Jaya, Sabtu.

Jelas Ketua Umum PKR itu awal-awal lagi menunding jari pada kerajaan, UMNO dan BN sedangkan beliau mungkin sudah tahu bahawa polis masih menjalankan siasatan rapi berhubung insiden tersebut.

Beliau dan pemimpin pembangkang lain sepatutnya menaruh kepercayan kepada polis untuk menjalankan siasatan sama seperti kes mata lebamnya dahulu.

Polis Selangor walaupun sudah mengumumkan siasatan awal kematian Teoh disebabkan pelbagai kecederaan kerana jatuh dari tempat tinggi, tidak menolak kemungkian adanya unsur khianat dalam kes yang mengemparkan orang ramai Khamis.

Malah, sebuah pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Hasnan Hassan ditubuhkan bagi memperincikan siasatan dan 23 orang termasuk 17 pegawai SPRM sudah diambil keterangan tanpa sebarang tangkapan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di Banting Sabtu.

"Sekarang kita tahu bahawa kematiannya adalah kerana pelbagai kecederaan selepas jatuh dari tempat yang tinggi. Siasatan kni menjurus bagaimana dan punca dia jatuh," katanya.

Buat masa ini, polis tidak mahu menyatakan sama ada wujud unsur khianat ataupun sebaliknya.

Sebaliknya, Khalid menjelaskan pihaknya masih menunggu untuk laporan lengkap pakar patologi.

Dua patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, tetapi dua patologi hospital swasta yang dicadangkan kerajaan negeri tidak datang.

Berdasarkan laporan awal bedah siasat itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.

Khalid berkata, polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Pembangkang khusus Anwar sepatutnya tidak menyalahkan SPRM secara membuta tuli dalam mencari keadilan kes kematian Teoh.

Beliau boleh menafikan tidak mempolitikan kes kematian lelaki itu tetapi apabila beliau menuduh SPRM menjalankan siasatan mengikut arahan UMNO dan BN, nyata beliau cakap tak serupa bikin.

Anwar barangkali bernasib baik kerana masih ada rakyat negara ini yang percaya pada cakap dan tindakannya itu tetapi beliau harus terima hakikat bahawa dalam kes kematian Teoh ini tidak dapat ditutup seperti menutup bangkai gajah dengan selimut.

Begitu juga kes liwatnya yang sedang melalui macam-macam fasa yang jelas menampakkan Anwar mahu mengelak kes itu daripada dibicarakan.

sumber - agendadaily



Lihat selanjutnya...

Pelbagai kecederaan punca kematian Teoh - Ketua Polis Selangor

PETALING JAYA: Penemuan awal bedah siasat menunjukkan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock mati disebabkan kecederaan yang pelbagai selepas terjatuh dari bangunan tinggi.

Sehubungan polis yang masih menyiasat punca kematiannya belum lagi menolak aspek khianat bulat-bulat.

Hasil siasatan awal diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di Banting tengah hari tadi.

"Sekarang kita tahu bahawa kematiannya adalah kerana pelbagai kecederaan selepas jatuh dari tempat yang tinggi, kita hendak tahu mengapa dia jatuh," katanya lagi.

Oleh itu jelas beliau, buat masa sekarang pihaknya tidak mahu menyatakan sama ada wujud unsur khidnat ataupun sebaliknya.

"... tunggu untuk laporan lengkap pakar patologi," kata beliau lagi.

Dalama pada itu, kata beliau, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

"Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi.

"Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," kata beliau dipetik Bernama.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kirakira pukul 1.30 petang Khamis lepas setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh adalah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Selangor.

Khalid berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasata itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.

"Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," katanya sambil menjelaskan bahawa polis telah mengambil kenyataan dari 23 saksi termasuk 17 pegawai SPRM, tetapi tiada tangkapan dibuat.

Khalid berkata, polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.

"Polis juga akan mengambil keterangan daripada rakan sekerja Teoh, anggota keluarga dan kawankawannya," kata Khalid dan memberitahu bahawa pejabat SPRM Selangor tidak mempunyai kamera CCTV.

sumber - mstar



Lihat selanjutnya...

Adakah Teo Being Hock bertelagah dengan Tan Boon Wah?



Oleh The Unspinners

Kajang municipal councillor Tan Boon Wah, who was also questioned by the MACC in relation to the same case, said he saw Teoh in the MACC pantry at 6am on Thursday. “He looked tired, but he didn’t say anything to me,” Tan added.

Maksudnya Tan Boon Wah menjadi orang yang terakhir sekali berjumpa dengan Teoh Beng Hock sewaktu Teoh masih hidup. Selepas Tan jumpa dengan Teoh tidak ada lagi sesiapa pun yang kita tahu yang nampak Teoh sebelum dia dijumpai mati.

Tan kata 'He looked tired, but he didnt say anything to me'. Saya rasa di sini Tan bercakap bohong. Amat mustahil bagi dua orang "hero" yang baru habis di interrogate yang telah membuat kenyataan kepada MACC selama 10 jam 'didnt say anything to me' pula? Mustahil sekali.

Apakah Teoh dan Tan telah bertelagah dan berkelahi pasal semua maklumat rasuah dan penglibatan Ronni Liu dengan geng kongsi gelap Cina yang Teoh telah bocorkan kepada MACC? Apakah Tan telah menelefon Ronni Liu atau kawan-kawan kongsi gelap Cina daripada pejabat MACC pada awal pagi itu dan memberitahu mereka bahawa Teoh telah bocorkan rahsia mereka kepada MACC? Apakah mereka telah pergi ke bangunan Masalam untuk berjumpa dengan Teoh dan lepas itu terus menolak Teoh keluar daripada tingkap di bangunan itu dan membunuhnya?

Kita tidak tahu perihal Tan Boon Wah pula pada pagi itu. Selepas Tan jumpa Teoh pada pukul 6 pagi, apa pula gerak geri Tan Boon Wah? Bila kah Tan Boon Wah beredar daripada pejabat MACC? Pukul berapa kah Tan Boon Wah balik ke rumah? Jika 'interrogation' Tan dengan MACC sudah selesai, habis apa pasal Tan tidak balik terus ? Apa pasal Tan masih berada di ruang pejabat MACC sampai pukul 6 pagi?

Polis mesti mengesan penggunaan telefon bimbit Tan, Teoh dan juga Ronni Liu bermula daripada petang sebelumnya sehingga Teoh dijumpai mati. Jika ini adalah kes pembunuhan, sudah tentu orang yang terdekat bersama dengan Teoh pada hari dia mati akan terlibat.

sumber - the unspinners



Lihat selanjutnya...